Posts

Showing posts from June, 2017

Undang-undang Rimba Punca Kes Buli

Image
PELBAGAI peristiwa memperlihatkan bahawa rakyat Malaysia tidak lagi mengamalkan budi bahasa sebagai budaya hidup.  Isu gengsterisme dan buli seolah merajai masyarakat dewasa ini yang boleh menggugat perpaduan kaum, selain dera yang membawa kematian. Isu gengsterisme ataupun bahasa pasarnya - samseng - berlaku pantas pada masa ini seperti kejadian antara pelakon dan pengarah popular tanah air ketika Dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) di hadapan Perdana Menteri sendiri.  Bagaimanapun, ia berjaya ditangani apabila kedua-duanya saling bermaafan sejurus kemudian. Selain itu, di Pulau Pinang, seorang bekas polis ditampar tatkala bertanya soalan yang sekadar mahu membawa idea dan perbincangan, seolah-olah membawa mesej, siapa persoal, akan ditampar!  Antara kisah yang menjadi viral ialah kes berebut tempat letak kereta di bazar Ramadan apabila ada pihak yang tidak berpuas hati bertindak membaling selipar dan menunjukkan isyarat yang tidak sopan kerana terlalu marah. Tidak dilupaka