Posts

Showing posts from 2013

Kalimah Allah: Pakatan Rakyat tolak keputusan Mahkamah Rayuan

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menolak keputusan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur kelmarin dan menegaskan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat masih mendokong pendirian awalnya bersabit isu itu dan tidak timbul soal PAS mempunyai pandangan lain. Isnin lalu, Mahkamah Rayuan mendapati penggunaan perkataan Allah bukan aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian. Panel tiga hakim menegaskan tiada alasan mengapa gereja Katolik berkeras untuk menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya. Justeru, menurut mahkamah, penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam, jika dibenarkan, akan menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat. Keputusan itu disanggah oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada mesyuaratnya hari ini sebagai menafikan hak masyarakat bukan Islam. "Pendirian Pakatan Rakyat kekal sepertimana pernah dikeluarkan kenyataan tahun lalu. Kita mohon kebijaksanaan, ketenan

Kalimah Allah: Bukan satu isu di Sabah & Sarawak

KOTA KINABALU : Reaksi masyarakat Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak susulan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Bahasa Melayu The Herald adalah sesuatu yang sudah dijangka. Secara umumnya, pendirian mereka tegas iaitu akan terus menggunakan kalimah Allah dalam semua upacara keagamaan seperti sebelum ini — seperti sebelum isu ini dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu. Sepanjang pengalaman singkat saya membuat liputan di Sabah baru-baru ini, saya sempat melihat dan mendengar bagaimana kalimah Allah digunakan semasa misa di sebuah gereja di Likas. Saya juga melihat bahawa penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian Bumiputera di negeri itu bukan satu isu yang besar di kalangan umat Islam di sana. Umumnya mereka tidak berapa kisah walaupun ada yang tidak selesa kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam. “Ia sudah menjadi seolah-olah budaya kami. Kalimah Allah sudah digunakan sejak

Kalimah Allah: Siapa yang keliru sekarang?

 MAHKAMAH Rayuan pada Isnin lepas memutuskan penerbitan mingguan Herald: The Catholic Weekly edisi Bahasa Melayu tidak boleh menggunakan kalimah Allah dengan alasan, antara lain, kerana ia boleh menyebabkan umat Islam di negara ini keliru. Tiga hakim yang mendengar rayuan itu berpendapat bahawa Allah bukanlah sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian. Seorang daripada mereka menambah bukan saja orang Islam akan keliru tetapi orang Kristian pun boleh keliru sama. Ini kerana konsep ketuhanan Allah dalam Islam sama sekali berbeza dengan konsep ketuhanan tiga serangkai — tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus — yang dianuti dalam Kristian. Tetapi selepas membaca keputusan tiga hakim itu serta meneliti reaksi yang diberikan oleh pelbagai pihak dan meninjau pula rentetan episod polemik kalimah Allah ini sejak ia berbangkit pada 2007, ada beberapa hal yang boleh mendatangkan keliru. Bukan saja orang Islam dan Kristian di negara ini yang keliru; daripada pelb

Isu kalimah Allah: Patuhi keputusan mahkamah

Image
Orang ramai dinasihat supaya tidak mengeluarkan kenyataan berhubung kes rayuan penggunaan perkataan Allah dalam majalah The Herald, yang boleh menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata orang ramai perlu menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lalu. Beliau juga berkata inti pati daripada keputusan mahkamah ialah Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan perkataan yang boleh memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Abdul Gani berkata selagi budi bicara itu dilaksanakan secara mengikut undang-undang, wajar, rasional dan mengikut kadarnya, maka mahkamah tidak akan campur tangan terhadap budi bicara menteri dalam perkara itu. Abdul Gani membuat kenyataan itu sebagai reaksi terhadap penghakiman yang membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia mengetepikan keputusan Mah

Peguam kerjaya paling seksi

Drama bertema undang-undang seperti Suits, Fairly Legal dan The Good Wife (semua boleh ditonton pada siaran DIVA Universal ch702), tidaklah menipu apabila sering kali menonjolkan watak utama peguam sebagai lelaki/wanita yang sejuk mata memandang serta bijak pandai. Tidak percaya? Pergilah melawat mahkamah di Jalan Duta dan lihat sendiri. Sekiranya anda tidak cukup masa untuk melihat sendiri, mari baca sebab-sebab berikut. Pandai mengayat Kerjaya peguam perlukan bakat mengayat dan menyenangkan hati hakim dalam membuat keputusan. Bukan setakat hakim, perlu membodek pegawai mahkamah untuk percepatkan tarikh kes dan membodek klien yang terlalu banyak kerenah. Kadang-kadang bukan sengaja, tetapi peguam sampai menggunakan kepakaran ini untuk mengayat lelaki/wanita yang mereka temui. Semua graduan undang-undang cantik Pergilah ke mana-mana fakulti perundangan. Tidak ada satu pun pelajar jurusan undang-undang yang tidak cantik. Ratu cantik Malaysia juga ramai terdiri dari