Kalimah Allah: Bukan satu isu di Sabah & Sarawak
KOTA KINABALU: Reaksi masyarakat Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak susulan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Bahasa Melayu The Herald adalah sesuatu yang sudah dijangka.
Secara umumnya, pendirian mereka tegas iaitu akan terus menggunakan kalimah Allah dalam semua upacara keagamaan seperti sebelum ini — seperti sebelum isu ini dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu.
Sepanjang pengalaman singkat saya membuat liputan di Sabah baru-baru ini, saya sempat melihat dan mendengar bagaimana kalimah Allah digunakan semasa misa di sebuah gereja di Likas.
Saya juga melihat bahawa penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian Bumiputera di negeri itu bukan satu isu yang besar di kalangan umat Islam di sana. Umumnya mereka tidak berapa kisah walaupun ada yang tidak selesa kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam.
“Ia sudah menjadi seolah-olah budaya kami. Kalimah Allah sudah digunakan sejak nenek moyang kami lagi semasa misa dan juga dalam kitab Bible. Saya tidak nampak bagaimana ini satu perkara yang pelik sehingga boleh menimbulkan kontroversi di Semenanjung,” kata seorang penganut Kristian yang enggan dikenali.
Menariknya, penganut agama Islam di Sabah juga menyuarakan sentimen yang sama.
"Saya sendiri ada saudara-mara yang beragama Kristian dan mereka menyebut Allah apabila hendak merujuk kepada Tuhan. Bagi saya, kita tidak boleh marah mereka," kata Halimah Daud, seorang peniaga yang saya temui di Kota Kinabalu.
Sebaik pulang dari Sabah, saya berkongsi pengalaman itu dengan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan bertanyakan pandangannya.
Beliau menjelaskan bahawa Islam tidak menentang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah.
"Baguslah jika mereka guna nama Allah kerana ini bermaksud mereka mengiktiraf bahawa Allah sebagai Tuhan seluruh semesta, dan ini memang betul. Apa yang ditentang dalam Islam adalah mereka mensyirikkan Allah.
"Perkara ini akan menjadi salah jika mereka mula membina berhala dan menamakan berhala itu sebagai Allah. Tetapi sekarang ini mereka memanggil ‘Pencipta’ itu sebagai Allah dan dalam Islam ini memang betul kerana Allah merupakan pencipta alam semesta," kata Dr Asri.
Beliau juga memberikan pandangannya tentang bagaimana gereja di negara-negara Asia Barat telah lama menggunakan kalimah Allah dan ini bukan satu isu di negara-negara itu.
"Gereja-gereja di Mesir dan Jordan sebagai contoh memang menggunakan kalimah Allah, jadi apa yang berlaku di Sabah bukan satu perkara yang ganjil. Apa yang ganjil adalah di Semenanjung apabila perkara ini agak eksklusif sedikit," katanya.
Dr. Asri juga menarik perhatian betapa agama Islam, Kristian dan Yahudi adalah agama yang datang daripada para nabi. Agama-agama ini ada hubungan antara satu sama lain.
"Jadi tidak pelik jika mereka guna kalimah Allah kerana ini memang agama yang datang dari para Nabi. Apa yang salah adalah mereka mensyirikkan Allah," kata Dr Asri.
Dr. Asri juga berpendapat penggunaan kalimah Allah bukan satu masalah tetapi perlu ada peraturan mengenainya misalnya larangan menamakan patung berhala sebagai Allah.
"Itu memang salah sama sekali. Tetapi selain daripada perkara ini, saya sebagai umat Islam rasa berbangga jika mereka (penganut agama lain) guna nama Allah kerana ini bermakna mereka mengakui kewujudan Allah," tambah beliau.
Pandangan Dr. Asri itu tidak dipersetujui oleh ramai orang Islam lain seperti yang diwakili oleh kumpulan yang lantang mendokong keputusan Mahkamah Rayuan yang diumumkan pada Isnin. Keputusan itu akan dirayu oleh pihak gereja Katolik.
Tetapi sehingga keputusan muktamad itu dibuat atau selepas keputusan itu dibuat sekali pun, ada sesuatu yang boleh kita di Semenanjung pelajari daripada rakan-rakan di Sabah dan Sarawak.
Setelah 50 tahun sama-sama membentuk Malaysia, cara hidup mereka yang bergaul mesra dan tidak meletakkan label dan membeza-bezakan antara satu sama lain atas nama agama patut kita pelajari.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kalimah-allah-bukan-satu-isu-di-sabah-sarawak-22797?cp

Comments
Post a Comment