Sumber Undang-Undang Di Malaysia

Perkataan sumber undang-undang boleh merujuk kepada pelbagai makna. Sekiranya kita menerangkan sumber undang-undang berasaskan sejarah undang-undang itu, maka kita sebenarnya merujuk kepada sesuatu yang mempengaruhi perkembangan undang-undang tersebut dari mula hingga ke hari ini.
Oleh kerana perubahan masa dan sebagainya, kita dapati ada sumber yang mungkin tidak diaplikasikan dalam pertikaian undang-undang hari ini.

Sumber Undang-Undang Di Malaysia

Antara sumber undang-undang termasuklah adat, kepercayaan dan pandangan-pandangan sarjana undang-undang yang telah dibangun, dibentuk dan diubahsuai dengan penggunaan hari ini.
Sekiranya kita menerangkan sumber-sumber undang-undang dari sudut di mana undang-undang itu boleh dirujuk pula, kita sebenarnya bercakap mengenai bahan rujukan undang-undang dan ini termasuklah statut-statut (akta, ordinan, enekmen dsb), laporan kes, buku-buku teks, jurnal undang-undang dan sebagainya.
Akan tetapi banyak penulisan undang merujuk sumber undang-undang sebagai undang-undang yang dirujuk/gunapakai hari ini, i.e “legal source” (legal rules that make up the law).
Sumber undang-undang berdasarkan “legal source” ini lebih mudah difahami dan sesuai digunakan.
Malahan dalam satu pertikaian undang-undang, mahkamah akan melihat sumber undang-undang berasaskan definasi ini dalam menentukan apakah undang-undang yang patut dirujuk. Berasaskan definasi ini juga, kita boleh katakan bahawa sumber undang-undang di Malaysia adalah merujuk kepada:
  • Perlembagaan (Persekutuan Dan Negeri)
  • Perundangan
  • Keputusan Kehakiman
  • Common Law Dan Kaedah-Kaedah Ekuti
  • Undang-Undang Adat
  • Undang-Undang Islam.
Untuk lebih mudah lagi kita boleh bahagikan sumber undang-undang di  Malaysia kepada dua iaitubertulis dan tidak bertulis.

Undang-Undang Bertulis (Written Laws)

Undang-undang bertulis  juga dikenali sebagai undang-undang statut. Ia merujuk kepada undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan dan perundangan (akta, ordinan dan enakmen). Tidak seperti di UK, undang-undang bertulis ini adalah sumber undang-undang yang utama di Malaysia.
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri dari persekutuan 13 buah negeri, maka undang-undang bertulis bertulis di Malaysia ini adalah terdiri dari undang-undang negeri (State Laws) dan persekutuan (Federal Laws).
3 jenis undang-undang bertulis yang menjadi sumber undang-undang di Malaysia adalah:-
  1. Perlembagaan
  2. Perundangan
  3. Perundangan Subsdiari

Undang-Undang Tidak Bertulis (Unwritten Laws)

Undang-undang tidak bertulis tidak bermaksud undang-undang itu tidak bertulis langsung (literally unwritten). Keputusan kehakiman misalnya boleh dirujuk secara bertulis dalam lapuran-lapuran undang-undang (judicial report), begitu juga common-law Inggeris. Namun untuk memudahkan kita semua memahami dan mengingati sumber undang-undang di Malaysia, maka klafikasi sebegini dibuat.
Bagi tujuan artikel ini, undang-undang tidak bertulis adalah merujuk kepada bahagian undang-undang Malaysia yang tidak dibuat oleh badan yang menggubal undang-undang (Parlimen & Dewan Undangan Negeri) serta ia juga bukan dari Perlembagaan Persekutuan mahupun perlembagaan negeri-negeri.
Sumber undang-undang Malaysia yang tidak bertulis ini terdiri dari:
  1. Prinsip-prinsip undang-undang Inggeris yang sesuai dalam situasi tempatan
  2. Keputusan kehakiman oleh mahkamah atasan (superior courts)
  3. Undang-undang adat yang telah diterima pakai oleh mahkamah
Sumber : The Malaysian Legal System – Wu Min Aun

Comments

Popular posts from this blog

Man who posed as ntv7 journalist jailed three years

Saya Hanya Penjamin, Kenapa Saya?