Hak dan Tanggungan Penyewa dan Tuan Punya Bahagian 1

Perjanjian sewa beli ialah suatu perjanjian menyewa barangan dengan hak pilihan untuk membelinya. Pembayaran dibuat secara ansuran. Anda ialah penyewa manakala syarikat yang memberi pinjaman ialah pemunya. Hakmilik akan hanya dipindah kepada penyewa setelah semua bayaran ansuran dijelaskan.

Barangan yang tersenarai dalam Jadual Pertama kepada Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212] merupakan barangan yang dikawal di bawah Akta Sewa Beli 1967:

1. semua barangan pengguna iaitu barang-barang yang dibeli untuk kegunaan sendiri, keluarga atau kegunaan isi rumah.
2.kenderaan bermotor
 -kenderaan orang cacat
-motosikal
-kereta termasuk teksi dan kereta sewa
-kenderaan barang-barang berat dengan muatan maksimum tidak melebihi 2450 kg
-bas termasuk bas berhenti-henti.

Perjanjian sewa beli hendaklah bertulis sama ada dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris dan mengandungi maklumat penting yang berikut:

a) perihal barangan
b) tarikh kuatkuasa perjanjian
c)pengiraan jumlah yang perlu dibayar
d) deposit
e) caj tempoh dan kadar peratus tahunan untuk caj tempoh
f) caj lewat bayar
g) bilangan  ansuran bulanan
h) jumlah ansuran bulanan
i)masa, tempat dan nama-nama orang  yang kepadanya ansuran perlu dibayar
j) alamat barangan tersebut biasanya disimpan;
k) nama, alamat dan tandatangan penyewa dan pemunya.

*Ditulis Peguambela & Peguamcara
(zilaco15@gmail.com)

Comments

Popular posts from this blog

Sumber Undang-Undang Di Malaysia

Man who posed as ntv7 journalist jailed three years

Saya Hanya Penjamin, Kenapa Saya?