Apakah Pengantaraan?

Pengantaraan ialah proses di mana pihak-pihak yang bertikai menyelesaikan pertikaian mereka secara sukarela dan damai dengan bantuan pihak ketiga yang dikenali sebagai pengantara. Ciri-ciri mereka ini ialah:

1. Terlatih dan berpengalaman
2. Berkecuali (neutral)
3. Adil dam tidak berat sebelah
4.  Berkebolehan untuk mendengar, memahami dan berkongsi masalah/kesulitan pihak-pihak.

Peranan pengantaraan ialah bertindak sebagai orang tengah untuk mengawal dan memudahkan proses rundingan serta tidak bertindak sebagai hakim yang memutuskan sesuatu perbalahan. Ianya mendorong komunikasi antara pihak-pihak serta menolong pihak-pihak untuk mengkaji secara terperinci pertikaian mereka.

Pengantaraan ini memastikan kedua-dua pihak mendapat pelung yang sama rata dalam memberikan  dalam memberikan pandangan, pendapat dan luahan emosi semasa sidang pengantaraan. Anatra tanggungjawab pihak yang bertikai ialah menghadiri sidang pengantaraan dengan sukarela dan berfikiran terbuka. Mereka harus bersedia untuk meluahkan masalah dan perasaan. Hendaklah mengemukakan cadangan dan membuat pilihan untuk menyelesaian pertikaian mereka dan membuat keputusan yang bersesuaian dan dipersetujui bersama.

Kes yang sesuai untuk pengantaraan ialah:

Kes Keluarga
i. tuntutan nafkah isteri dan anak-anak;
ii.harta sepencarian/aset perkahwinan;
iii. jagaan anak-anak

Kes Sivil
i. Kemalangan (kecuali melibatkan pihak insurans)
ii. Tuntutan Pengguna

Comments

Popular posts from this blog

Sumber Undang-Undang Di Malaysia

Man who posed as ntv7 journalist jailed three years

Saya Hanya Penjamin, Kenapa Saya?