Posts

Showing posts from October, 2016

Permohonan Tuntutan Pembahagian Harta Pusaka Kecil

Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh si mati yang tidak meninggalkan wasiat (di bawah Akta Wasiat 1959 [Akta 346]) dan harta pusakanya terdiri daripada harta tak alih sahaja atau gabungan antara harta tak alih sahaja atau gabungan antara harta tak alih dengan harta alih dengan jumlah nilai harta itu hendaklah tidak melebihi RM 2 juta.

Harta tak alih merupakan tanah, bangunan, kebun, ladang dan rumah. Manakala harta alih merupakan wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, peralatan rumah, kenderaan, senjata api, barang kemas, ASB dll. Sekiranya harta pusaka si mati hanyalah harta alih seperti wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, peralatan rumah, kenderaan, senjata api, barang kemas, ASB dsb.nya tuntutan tidak boleh dibuat di bawah Akta ini.

Mereka yang berhak memohon pembahagian pusaka adalah seperti yang berikut:

1. waris-waris si mati suami atau isteri, anak lelaki atau…

Keganasan Rumah Tangga & Undang-Undang

Keganasan rumah tangga berlaku apabila seseorang secara sengaja atau dengan sedar meletak atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal serta menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa. Dengan cara memaksa atau mengancam mangsa untuk melakukan perhubungan seksual juga boleh dikatakan salah satu ciri keganasan rumah tangga. Malah, ada juga mangsa mendakwa dirinya dikurung dan ditahan tanpa rela. 
Secara umum, isteri yang sering menjadi sasaran didera oleh suami. Tetapi, ada juga suami yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Sekiranya, seseorang itu bekas isteri atau bekas suami tetapi dilakukan perbuatan di atas juga masih dikatakan mangsa keganasan rumah tangga meski sudah tiada ikatan yang sah dengan pemangsa. Kanak-kanak berumur 18 tahun yang tinggal sebagai seorang ahli keluarga juga boleh jadi mangsa keganasan rumah tangga. 
Dalam hal ini, jika seseorang mangsa itu mengadu diperlakukan oleh pemangsa maka beliau berhak mendapat pertolongan atau pandua…

Hak dan Tanggungan Penyewa dan Tuan Punya Bahagian 1

Perjanjian sewa beli ialah suatu perjanjian menyewa barangan dengan hak pilihan untuk membelinya. Pembayaran dibuat secara ansuran. Anda ialah penyewa manakala syarikat yang memberi pinjaman ialah pemunya. Hakmilik akan hanya dipindah kepada penyewa setelah semua bayaran ansuran dijelaskan.

Barangan yang tersenarai dalam Jadual Pertama kepada Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212] merupakan barangan yang dikawal di bawah Akta Sewa Beli 1967:

1. semua barangan pengguna iaitu barang-barang yang dibeli untuk kegunaan sendiri, keluarga atau kegunaan isi rumah.
2.kenderaan bermotor
 -kenderaan orang cacat
-motosikal
-kereta termasuk teksi dan kereta sewa
-kenderaan barang-barang berat dengan muatan maksimum tidak melebihi 2450 kg
-bas termasuk bas berhenti-henti.

Perjanjian sewa beli hendaklah bertulis sama ada dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris dan mengandungi maklumat penting yang berikut:

a) perihal barangan
b) tarikh kuatkuasa perjanjian
c)pengiraan jumlah yang perlu dibayar
d) depos…

Hak Peminjam Siri 1

Pemberi pinjam wang ialah mana-mana orang yang menjalankan perniagaan pinjaman wang yang didaftarkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.  Seseorang yang sekali-sekala memberi pinjam wang bukanlah seorang pemberi pinjam wang. Suatu bentuk pinjaman wang dikehendaki dibuktikan sebelum seseorang itu ditakrifkan sebagai pemberi pinjam wang. Institusi yang berikut tidak dikategorikan sebagai pemberi pinjam wang.

1) mana-mana institusi yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis dan termasuk pihak berkuasa tempatan;
2) koperasi;
3) institusi bank;
4) syarikat insurans;
5) syarikat takaful;
6) kedai pajak gadai; dan
g) sesiapa yang menjalankan perniagaan yang objektif utamanya bukan perniagaan yang objektif utamanya bukan perniagaan pinjaman wang

Institusi-institusi di atas dikawal oleh undang-undang khusus.

* Ditulis oleh Peguambela & Peguamcara
(zilaco15@gmail.com)

Apakah Pengantaraan?

Pengantaraan ialah proses di mana pihak-pihak yang bertikai menyelesaikan pertikaian mereka secara sukarela dan damai dengan bantuan pihak ketiga yang dikenali sebagai pengantara. Ciri-ciri mereka ini ialah:

1. Terlatih dan berpengalaman
2. Berkecuali (neutral)
3. Adil dam tidak berat sebelah
4.  Berkebolehan untuk mendengar, memahami dan berkongsi masalah/kesulitan pihak-pihak.

Peranan pengantaraan ialah bertindak sebagai orang tengah untuk mengawal dan memudahkan proses rundingan serta tidak bertindak sebagai hakim yang memutuskan sesuatu perbalahan. Ianya mendorong komunikasi antara pihak-pihak serta menolong pihak-pihak untuk mengkaji secara terperinci pertikaian mereka.

Pengantaraan ini memastikan kedua-dua pihak mendapat pelung yang sama rata dalam memberikan  dalam memberikan pandangan, pendapat dan luahan emosi semasa sidang pengantaraan. Anatra tanggungjawab pihak yang bertikai ialah menghadiri sidang pengantaraan dengan sukarela dan berfikiran terbuka. Mereka harus bersedia …

Hak Kanak-Kanak Bahagian 1

Menurut subseksyen 2(1) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], " kanak-kanak" didefinisikan sebagai seseorang yang dibawah umur 18 tahun dan berhubung dengan prosiding jenayah, seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapikan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan.

Apabila seorang Pegawai Polis atau seseorang lain yang melakukan tangkapan terhadap seorang kanak-kanak, menjadi kewajipan pihak polis memberitahu Pegawai Akhlak dan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu tentang tangkapan tersebut. Polis juga perlu beritahu Pegawai Akhlak atau ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu sebab penangkapan dan menghantar satu salinan pertuduhan dan maklumat lain yang perlu untuk membolehkan Pegawai Akhlak mengambil apa-apa tindakan yang perlu.

Seorang kanak-kanak, semasa ditahan di balai polis, semasa dibawa ke atau dari mahkamah atau semasa menunggu sebelum atau selepas hadir di mana-mana mahkamah, hendaklah diasingkan daripada pesalah dewasa. Dalam hal seo…