Permohonan Tuntutan Pembahagian Harta Pusaka Kecil

Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh si mati yang tidak meninggalkan wasiat (di bawah Akta Wasiat 1959 [Akta 346]) dan harta pusakanya terdiri daripada harta tak alih sahaja atau gabungan antara harta tak alih sahaja atau gabungan antara harta tak alih dengan harta alih dengan jumlah nilai harta itu hendaklah tidak melebihi RM 2 juta.

Harta tak alih merupakan tanah, bangunan, kebun, ladang dan rumah. Manakala harta alih merupakan wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, peralatan rumah, kenderaan, senjata api, barang kemas, ASB dll. Sekiranya harta pusaka si mati hanyalah harta alih seperti wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, peralatan rumah, kenderaan, senjata api, barang kemas, ASB dsb.nya tuntutan tidak boleh dibuat di bawah Akta ini.

Mereka yang berhak memohon pembahagian pusaka adalah seperti yang berikut:

1. waris-waris si mati suami atau isteri, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa dan waris-waris lain yang berhak serta Majlis Agama Islam (Baitulmal) jika tiada waris;
2.pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
3.pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah si mati;
4.penghulu atau pegawai petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
5. Amanah Raya Berhad
  -Terpakai apabila wang si mati membuat tuntutan melalui Amanah Raya Berhad; dan
6. pemegang amanah (trustee)

Bagi pemohon yang mahu diwakili peguam boleh berbuat demikian sekiranya diberi kebenaran oleh Pegawai Pembahagian Pusaka. Sama ada kebenaran diperoleh daripada Penolong Pengarah Pembahagian Pusaka atau tidak bergantung pada budi bicaranya dengan mengambil kira alasan-alasan yang dikemukakan.

Jangka masa minimum untuk memproses sesuatu kes biasa yang tidak bermasalah ialah 5 1/2 bulan. Bagi kes yang melibatkan kematian berlapis iaitu kematian waris-waris kepada si mati dan harta berada di dalam daerah yang berlainan, janga masa proses mungkin melebihi tempoh di atas. Bagi yang tidak berpuas hati dengan perintah yang dikeluarkan oleh Pegawai Pembahagian Pusaka hendaklah membuat rayuan melalui Pegawai Pembahagian Pusaka ke Mahkamah Tinggi dalam temph 14 hari dari tarikh perintah itu dibuat. Keputusan Mahkamah Tinggi atas apa-apa rayuan adalah muktamad dan apa-apa rayuan adalah muktamad dan apa-apa rayuan selanjutnya tidak boleh dibuat.

* Ditulis oleh Peguambela & Peguamcara
(zilaco15@gmail.com)

Comments

Popular posts from this blog

Sumber Undang-Undang Di Malaysia

Man who posed as ntv7 journalist jailed three years

Saya Hanya Penjamin, Kenapa Saya?