Posts

Showing posts from February, 2017

Sumber Undang-Undang Di Malaysia

Perkataan  sumber undang-undang  boleh merujuk kepada pelbagai makna. Sekiranya kita menerangkan sumber undang-undang berasaskan sejarah undang-undang itu, maka kita sebenarnya merujuk kepada sesuatu yang mempengaruhi perkembangan undang-undang tersebut dari mula hingga ke hari ini. Oleh kerana perubahan masa dan sebagainya, kita dapati ada sumber yang mungkin tidak diaplikasikan dalam  pertikaian undang-undang  hari ini. Sumber Undang-Undang Di Malaysia Antara sumber undang-undang termasuklah  adat, kepercayaan  dan  pandangan-pandangan sarjana undang-undang  yang telah dibangun, dibentuk dan diubahsuai dengan penggunaan hari ini. Sekiranya kita menerangkan  sumber-sumber undang-undang  dari sudut di mana undang-undang itu boleh dirujuk pula, kita sebenarnya bercakap mengenai  bahan rujukan undang-undang  dan ini termasuklah  statut-statut  (akta, ordinan, enekmen dsb),  laporan kes, buku-buku teks, jurnal undang-undang  dan sebagainya. Akan tetapi banyak penulisan undang m

Pegawai Kanan MAHB Bebas Reman Jaminan RM40,000

Seorang pegawai kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang direman sejak Khamis lepas bagi siasatan kes penyelewengan kira-kira RM80,000 untuk rawatan kecantikan kulit dan program pelangsingan, dibebaskan pada Ahad. Majistret, Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan pegawai terbabit dibebaskan dengan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin. Lelaki itu direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat hari sejak Khamis lepas bagi siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi.       Laporan media sebelum ini menyebut pegawai itu disyaki menyalahgunakan kad kredit korporat yang dibekalkan MAHB kepadanya untuk menjalani satu rawatan yang tidak terdapat dalam kontrak faedah.  Difahamkan, kad kredit berkenaan hanya untuk kegunaan rasmi berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Prosedur Operasi Standard Syarikat. Sumber : Mstar Online

Saya Hanya Penjamin, Kenapa Saya?

Image
Biasanya, menjadi penjamin adalah satu budi untuk rakan atau ahli kekeluargaan dan ia bukanlah satu kesempatan untuk pelaburan. Ia tidak mempunyai potensi untuk mendapatkan sifar keuntungan dari segi kewangan secara jujurnya. Institusi kewangan ingin memerlukan jaminan agar dapat melindungi pelaburan mereka sekiranya terdapat peminjam yang gagal membayar byaran balik yang ditetapkan. Keadaan ini telah menunjukkan kekurangan pengetahuan terhadap penjamin yang mengenai mereka mempunyai tanggungjawab kepada peminjam secara sah. Bacalah sekiranya anda adalah seorang penjamin. 1. Apakah yang Anda Perlu Mengenai Tentang Penjamin? Penjamin telah terikat dengan kontrak sah yang menyatakan tanggungjawab anda untuk membayar hutang sekiranya peminjam gagal membuat bayaran. Ia adalah sangat penting bahawa penjamin dapat memahami apakah maksud yang sebenarnya! Terdapat beberapa langkah awal digalak digunakan seperti mendapatkan nasihat daripada peguam anda agar dapat mengurangkan ris

10 KESILAPAN PEMBELI YANG MENYEBABKAN PEMAJU TIDAK BAIKI KEROSAKAN RUMAH ANDA.

Image
Banyak  aduan diterima daripada pembeli rumah yang pemaju tidak membaiki kerosakan rumah mereka sebagaimana yang diharapkan, walaupun sudah banyak kali mereka melaporkan kerosakan tersebut kepada pemaju. Disini antara 10 KESILAPAN yang biasa dilakukan oleh pembeli yang menyebabkan pemaju tidak baiki kerosakan rumah anda. 1. Aduan kerosakan yang dibuat oleh pembeli tidak terperinci. Tidak dinyatakan satu persatu bahagian manakah yang rosak dan apakah kerosakan tersebut. Ini menyebabkan pemaju keliru dan tidak dapat membaiki kerosakan yang sebenar. 2. Kebanyakan pembeli menggunakan borang aduan kerosakan yang disediakan oleh pemaju. Kebiasaannya borang aduan tersebut sangat terhad ruangannya. Ini menyebabkan aduan tidak lengkap dan tidak dapat difahami dengan jelas oleh pemaju. 3. Pemaju tidak dapat gambaran yang jelas tentang kerosakan yang diadukan. Pembeli mungkin adu tentang perkara lain tetapi sebaliknya pemaju mungkin faham lain. Justeru tempat kerosakan tidak dapa