Hak Kanak-Kanak Bahagian 1

Menurut subseksyen 2(1) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], " kanak-kanak" didefinisikan sebagai seseorang yang dibawah umur 18 tahun dan berhubung dengan prosiding jenayah, seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapikan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan.

Apabila seorang Pegawai Polis atau seseorang lain yang melakukan tangkapan terhadap seorang kanak-kanak, menjadi kewajipan pihak polis memberitahu Pegawai Akhlak dan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu tentang tangkapan tersebut. Polis juga perlu beritahu Pegawai Akhlak atau ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu sebab penangkapan dan menghantar satu salinan pertuduhan dan maklumat lain yang perlu untuk membolehkan Pegawai Akhlak mengambil apa-apa tindakan yang perlu.

Seorang kanak-kanak, semasa ditahan di balai polis, semasa dibawa ke atau dari mahkamah atau semasa menunggu sebelum atau selepas hadir di mana-mana mahkamah, hendaklah diasingkan daripada pesalah dewasa. Dalam hal seorang kanak-kanak perempuan, dia hendaklah diletakkan di bawah jagaan seorang wanita.


*Ditulis oleh seorang Peguambela & Peguamcara
(zilaco15@gmail.com)

Comments

Popular posts from this blog

Sumber Undang-Undang Di Malaysia

Man who posed as ntv7 journalist jailed three years

Saya Hanya Penjamin, Kenapa Saya?