Kalimah Allah: Pakatan Rakyat tolak keputusan Mahkamah Rayuan

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menolak keputusan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur kelmarin dan menegaskan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat masih mendokong pendirian awalnya bersabit isu itu dan tidak timbul soal PAS mempunyai pandangan lain.

Isnin lalu, Mahkamah Rayuan mendapati penggunaan perkataan Allah bukan aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Panel tiga hakim menegaskan tiada alasan mengapa gereja Katolik berkeras untuk menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya.

Justeru, menurut mahkamah, penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam, jika dibenarkan, akan menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat.

Keputusan itu disanggah oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada mesyuaratnya hari ini sebagai menafikan hak masyarakat bukan Islam.

"Pendirian Pakatan Rakyat kekal sepertimana pernah dikeluarkan kenyataan tahun lalu. Kita mohon kebijaksanaan, ketenangan pihak semua rakyat,” kata Anwar.

Dalam mempertahankan pendirian Pakatan Rakyat itu, Anwar merujuk kepada pendapat ulama Dr Yusuf Qardhawi.

"Apakah peranan Yusof Qardhawi? Beliau berkata Allah ini adalah Tuhan kepada Muslim, Kristian, Arab dan di dalam ayat dalam surah pertama Al-Quran, ada ayat Alhamdullilah Hirobbil Alamin, pujian kepada Allah, Tuhan sekalian alam.

"Jadi ini adalah keadaan yang sangat susah untuk kami menafikan penggunaan kalimah Allah ini oleh bukan Islam," kata Anwar.

Pihak Gereja Katolik Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Isu kalimah Allah mencetuskan polemik hangat di dalam PAS apabila Majlis Syura Ulama parti itu dilihat tidak bersetuju dengan ketetapan Pakatan Rakyat.

Pada 13 Januari lalu, badan tertinggi PAS itu menegaskan kalimah itu tidak boleh dipakai sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu.

Ketua Dewan Ulama Harun Taib menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin sebagai tepat dan akan mengelak kekeliruan di kalangan umat Islam.

 Sumber:
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2013/10/kalimah-allah-pakatan-rakyat-tolak.html

Comments

Popular posts from this blog

Sumber Undang-Undang Di Malaysia

Man who posed as ntv7 journalist jailed three years

Saya Hanya Penjamin, Kenapa Saya?