Sumber Undang-Undang Di Malaysia
Perkataan sumber undang-undang boleh merujuk kepada pelbagai makna. Sekiranya kita menerangkan sumber undang-undang berasaskan sejarah undang-undang itu, maka kita sebenarnya merujuk kepada sesuatu yang mempengaruhi perkembangan undang-undang tersebut dari mula hingga ke hari ini. Oleh kerana perubahan masa dan sebagainya, kita dapati ada sumber yang mungkin tidak diaplikasikan dalam pertikaian undang-undang hari ini. Sumber Undang-Undang Di Malaysia Antara sumber undang-undang termasuklah adat, kepercayaan dan pandangan-pandangan sarjana undang-undang yang telah dibangun, dibentuk dan diubahsuai dengan penggunaan hari ini. Sekiranya kita menerangkan sumber-sumber undang-undang dari sudut di mana undang-undang itu boleh dirujuk pula, kita sebenarnya bercakap mengenai bahan rujukan undang-undang dan ini termasuklah statut-statut (akta, ordinan, enekmen dsb), laporan kes, buku-buku teks, jur...