Penggodam Korea Utara serang 31 negara
Sebuah kumpulan penggodam Korea Utara dikenali sebagai Lazarus dipercayai terlibat dalam aktiviti penggodaman di 31 buah negara termasuk serangan terhadap Bank Bangladesh dan Sony Entertainment. Firma keselamatan siber, Symantec Corp. (Symantec) dalam satu laporan yang didedahkan berkata, mereka menemukan empat bukti digital menunjukkan Lazarus menggunakan perisian untuk menyebarkan virus dan kemudiannya menggodam sistem komputer pihak yang disasarkan. “Kami pasti Lazarus bertanggungjawab dalam semua serangan itu,” kata Penyelidik Symantec, Eric Chien dalam satu temu bual baru-baru ini. Symantec sebelum ini menyiasat kes penggodaman di bank-bank Poland yang dijangkiti virus bulan lalu namun ketika itu mereka tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Lazarus. Menurut Symantec, virus itu telah diprogramkan untuk menyerang 104 organisasi tertentu di 31 buah negara. Kes penggodaman terbesar yang ditemukan oleh Symantec adalah di Poland, diikuti Amerika Syarikat...