Skip to main content

Penggodam Korea Utara serang 31 negara

Sebuah kumpulan penggodam Korea Utara dikenali sebagai Lazarus dipercayai terlibat dalam aktiviti penggodaman di 31 buah negara termasuk serangan terhadap Bank Bangladesh dan Sony Entertainment.
Firma keselamatan siber, Sy­mantec Corp. (Symantec) dalam satu laporan yang didedahkan berkata, mereka menemukan empat bukti digital menunjukkan Lazarus menggunakan perisian untuk menyebarkan virus dan kemudiannya menggodam sistem komputer pihak yang disasarkan.
“Kami pasti Lazarus berta­nggungjawab dalam semua se­­ra­ngan itu,” kata Penyelidik Symantec, Eric Chien dalam satu temu bual baru-baru ini.

Symantec sebelum ini menyi­a­sat kes penggodaman di bank-bank Poland yang dijangkiti virus bulan lalu namun ketika itu mereka tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Lazarus.
Menurut Symantec, virus itu telah diprogramkan untuk menye­rang 104 organisasi ter­tentu di 31 buah negara.
Kes penggodaman terbesar yang ditemukan oleh Symantec adalah di Poland, diikuti Amerika Syarikat (AS), Mexico, Brazil dan Chile.

Selain itu Symantec berkata, Lazarus menggunakan pendekatan yang lebih canggih untuk menyerang sasaran mereka berban­ding sebelum ini.
“Itu merupakan satu perkembangan yang merisaukan kerana Lazarus menggunakan teknologi lebih canggih,” kata Ketua Eksekutif Trail of Bits, Dan Guido.
Lazarus sebelum ini didakwa terlibat dalam beberapa siri penggodaman sejak 2009, termasuk melibatkan kecurian wang tunai berjumlah AS$81 juta (RM359 juta) daripada Bank Bangladesh tahun lalu.
Namun, kerajaan Korea Uta­ra menafikan Lazarus terlibat dalam serangan penggodaman itu, seperti didakwa oleh pegawai-pegawai di Washington, Seoul dan firma-firma ke­selamatan lain.

Sumber : Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Sumber Undang-Undang Di Malaysia

Man who posed as ntv7 journalist jailed three years

Saya Hanya Penjamin, Kenapa Saya?