Permohonan Tuntutan Pembahagian Harta Pusaka Kecil
Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh si mati yang tidak meninggalkan wasiat (di bawah Akta Wasiat 1959 [Akta 346]) dan harta pusakanya terdiri daripada harta tak alih sahaja atau gabungan antara harta tak alih sahaja atau gabungan antara harta tak alih dengan harta alih dengan jumlah nilai harta itu hendaklah tidak melebihi RM 2 juta. Harta tak alih merupakan tanah, bangunan, kebun, ladang dan rumah. Manakala harta alih merupakan wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, peralatan rumah, kenderaan, senjata api, barang kemas, ASB dll. Sekiranya harta pusaka si mati hanyalah harta alih seperti wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, peralatan rumah, kenderaan, senjata api, barang kemas, ASB dsb.nya tuntutan tidak boleh dibuat di bawah Akta ini. Mereka yang berhak memohon pembahagian pusaka adalah seperti yang berikut: 1. waris-waris si mati suami atau isteri, anak lelaki...