Posts

Jangan Tunggu Kami Datang, Selebriti Tidak Istimewa-LHDN Jawab Shaheizy Sam

Image
Sebelum ini, pelakon Shaheizy Sam telah diberikan notis muflis melalui sebuah akhbar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Keratan akhbar notis tersebut telah menjadi viral di media sosial dengan kebanyakan Netizen mengkritik Sam kerana tidak menguruskan pembayaran cukai dengan baik. Sam kemudiannya dikatakan berasa bingung kerana dia tidak pernah diberitahu oleh LHDN mengenai status muflis tersebut. Sam memberitahu  Harian Metro: Beberapa minggu lalu, wakil mereka ada datang berjumpa saya di rumah tetapi mereka tidak maklumkan apa-apa pun mengenai muflis. Ejen yang menguruskan cukai saya juga sudah beberapa kali ke pejabat LHDN sebelum ini. Tetapi, mereka juga tidak diberitahu apa-apa mengenai status saya. Dia juga memberitahu dia menunggu penjelasan dari LHDN: Sehingga sekarang saya masih menunggu penjelasan sebenar daripada mereka dan berharap mendapat maklum balas hari ini. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Malim berkata, masih a...

Undang-undang Rimba Punca Kes Buli

Image
PELBAGAI peristiwa memperlihatkan bahawa rakyat Malaysia tidak lagi mengamalkan budi bahasa sebagai budaya hidup.  Isu gengsterisme dan buli seolah merajai masyarakat dewasa ini yang boleh menggugat perpaduan kaum, selain dera yang membawa kematian. Isu gengsterisme ataupun bahasa pasarnya - samseng - berlaku pantas pada masa ini seperti kejadian antara pelakon dan pengarah popular tanah air ketika Dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) di hadapan Perdana Menteri sendiri.  Bagaimanapun, ia berjaya ditangani apabila kedua-duanya saling bermaafan sejurus kemudian. Selain itu, di Pulau Pinang, seorang bekas polis ditampar tatkala bertanya soalan yang sekadar mahu membawa idea dan perbincangan, seolah-olah membawa mesej, siapa persoal, akan ditampar!  Antara kisah yang menjadi viral ialah kes berebut tempat letak kereta di bazar Ramadan apabila ada pihak yang tidak berpuas hati bertindak membaling selipar dan menunjukkan isyarat yang tidak sopan kerana terlalu marah. ...

Penggodam Korea Utara serang 31 negara

Image
Sebuah kumpulan penggodam Korea Utara dikenali sebagai Lazarus dipercayai terlibat dalam aktiviti penggodaman di 31 buah negara termasuk serangan terhadap Bank Bangladesh dan Sony Entertainment. Firma keselamatan siber, Sy­mantec Corp. (Symantec) dalam satu laporan yang didedahkan berkata, mereka menemukan empat bukti digital menunjukkan Lazarus menggunakan perisian untuk menyebarkan virus dan kemudiannya menggodam sistem komputer pihak yang disasarkan. “Kami pasti Lazarus berta­nggungjawab dalam semua se­­ra­ngan itu,” kata Penyelidik Symantec, Eric Chien dalam satu temu bual baru-baru ini. Symantec sebelum ini menyi­a­sat kes penggodaman di bank-bank Poland yang dijangkiti virus bulan lalu namun ketika itu mereka tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Lazarus. Menurut Symantec, virus itu telah diprogramkan untuk menye­rang 104 organisasi ter­tentu di 31 buah negara. Kes penggodaman terbesar yang ditemukan oleh Symantec adalah di Poland, diikuti Amerika Syarikat...

Sumber Undang-Undang Di Malaysia

Perkataan  sumber undang-undang  boleh merujuk kepada pelbagai makna. Sekiranya kita menerangkan sumber undang-undang berasaskan sejarah undang-undang itu, maka kita sebenarnya merujuk kepada sesuatu yang mempengaruhi perkembangan undang-undang tersebut dari mula hingga ke hari ini. Oleh kerana perubahan masa dan sebagainya, kita dapati ada sumber yang mungkin tidak diaplikasikan dalam  pertikaian undang-undang  hari ini. Sumber Undang-Undang Di Malaysia Antara sumber undang-undang termasuklah  adat, kepercayaan  dan  pandangan-pandangan sarjana undang-undang  yang telah dibangun, dibentuk dan diubahsuai dengan penggunaan hari ini. Sekiranya kita menerangkan  sumber-sumber undang-undang  dari sudut di mana undang-undang itu boleh dirujuk pula, kita sebenarnya bercakap mengenai  bahan rujukan undang-undang  dan ini termasuklah  statut-statut  (akta, ordinan, enekmen dsb),  laporan kes, buku-buku teks, jur...

Pegawai Kanan MAHB Bebas Reman Jaminan RM40,000

Seorang pegawai kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang direman sejak Khamis lepas bagi siasatan kes penyelewengan kira-kira RM80,000 untuk rawatan kecantikan kulit dan program pelangsingan, dibebaskan pada Ahad. Majistret, Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan pegawai terbabit dibebaskan dengan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin. Lelaki itu direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat hari sejak Khamis lepas bagi siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi.       Laporan media sebelum ini menyebut pegawai itu disyaki menyalahgunakan kad kredit korporat yang dibekalkan MAHB kepadanya untuk menjalani satu rawatan yang tidak terdapat dalam kontrak faedah.  Difahamkan, kad kredit berkenaan hanya untuk kegunaan rasmi berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Prosedur Operasi Standard Syarikat. Sumb...

Saya Hanya Penjamin, Kenapa Saya?

Image
Biasanya, menjadi penjamin adalah satu budi untuk rakan atau ahli kekeluargaan dan ia bukanlah satu kesempatan untuk pelaburan. Ia tidak mempunyai potensi untuk mendapatkan sifar keuntungan dari segi kewangan secara jujurnya. Institusi kewangan ingin memerlukan jaminan agar dapat melindungi pelaburan mereka sekiranya terdapat peminjam yang gagal membayar byaran balik yang ditetapkan. Keadaan ini telah menunjukkan kekurangan pengetahuan terhadap penjamin yang mengenai mereka mempunyai tanggungjawab kepada peminjam secara sah. Bacalah sekiranya anda adalah seorang penjamin. 1. Apakah yang Anda Perlu Mengenai Tentang Penjamin? Penjamin telah terikat dengan kontrak sah yang menyatakan tanggungjawab anda untuk membayar hutang sekiranya peminjam gagal membuat bayaran. Ia adalah sangat penting bahawa penjamin dapat memahami apakah maksud yang sebenarnya! Terdapat beberapa langkah awal digalak digunakan seperti mendapatkan nasihat daripada peguam anda agar dapat mengurangkan ris...

10 KESILAPAN PEMBELI YANG MENYEBABKAN PEMAJU TIDAK BAIKI KEROSAKAN RUMAH ANDA.

Image
Banyak  aduan diterima daripada pembeli rumah yang pemaju tidak membaiki kerosakan rumah mereka sebagaimana yang diharapkan, walaupun sudah banyak kali mereka melaporkan kerosakan tersebut kepada pemaju. Disini antara 10 KESILAPAN yang biasa dilakukan oleh pembeli yang menyebabkan pemaju tidak baiki kerosakan rumah anda. 1. Aduan kerosakan yang dibuat oleh pembeli tidak terperinci. Tidak dinyatakan satu persatu bahagian manakah yang rosak dan apakah kerosakan tersebut. Ini menyebabkan pemaju keliru dan tidak dapat membaiki kerosakan yang sebenar. 2. Kebanyakan pembeli menggunakan borang aduan kerosakan yang disediakan oleh pemaju. Kebiasaannya borang aduan tersebut sangat terhad ruangannya. Ini menyebabkan aduan tidak lengkap dan tidak dapat difahami dengan jelas oleh pemaju. 3. Pemaju tidak dapat gambaran yang jelas tentang kerosakan yang diadukan. Pembeli mungkin adu tentang perkara lain tetapi sebaliknya pemaju mungkin faham lain. Justeru tempat kerosakan tidak ...

Permohonan Tuntutan Pembahagian Harta Pusaka Kecil

Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh si mati yang tidak meninggalkan wasiat (di bawah Akta Wasiat 1959 [Akta 346]) dan harta pusakanya terdiri daripada harta tak alih sahaja atau gabungan antara harta tak alih sahaja atau gabungan antara harta tak alih dengan harta alih dengan jumlah nilai harta itu hendaklah tidak melebihi RM 2 juta. Harta tak alih merupakan tanah, bangunan, kebun, ladang dan rumah. Manakala harta alih merupakan wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, peralatan rumah, kenderaan, senjata api, barang kemas, ASB dll. Sekiranya harta pusaka si mati hanyalah harta alih seperti wang tunai, saham, akaun simpanan bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, peralatan rumah, kenderaan, senjata api, barang kemas, ASB dsb.nya tuntutan tidak boleh dibuat di bawah Akta ini. Mereka yang berhak memohon pembahagian pusaka adalah seperti yang berikut: 1. waris-waris si mati suami atau isteri, anak lelaki...

Keganasan Rumah Tangga & Undang-Undang

Keganasan rumah tangga berlaku apabila seseorang secara sengaja atau dengan sedar meletak atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal serta menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa. Dengan cara memaksa atau mengancam mangsa untuk melakukan perhubungan seksual juga boleh dikatakan salah satu ciri keganasan rumah tangga. Malah, ada juga mangsa mendakwa dirinya dikurung dan ditahan tanpa rela.  Secara umum, isteri yang sering menjadi sasaran didera oleh suami. Tetapi, ada juga suami yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Sekiranya, seseorang itu bekas isteri atau bekas suami tetapi dilakukan perbuatan di atas juga masih dikatakan mangsa keganasan rumah tangga meski sudah tiada ikatan yang sah dengan pemangsa. Kanak-kanak berumur 18 tahun yang tinggal sebagai seorang ahli keluarga juga boleh jadi mangsa keganasan rumah tangga.  Dalam hal ini, jika seseorang mangsa itu mengadu diperlakukan oleh pemangsa maka beliau berhak mendapat pertolon...

Hak dan Tanggungan Penyewa dan Tuan Punya Bahagian 1

Perjanjian sewa beli ialah suatu perjanjian menyewa barangan dengan hak pilihan untuk membelinya. Pembayaran dibuat secara ansuran. Anda ialah penyewa manakala syarikat yang memberi pinjaman ialah pemunya. Hakmilik akan hanya dipindah kepada penyewa setelah semua bayaran ansuran dijelaskan. Barangan yang tersenarai dalam Jadual Pertama kepada Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212] merupakan barangan yang dikawal di bawah Akta Sewa Beli 1967: 1. semua barangan pengguna iaitu barang-barang yang dibeli untuk kegunaan sendiri, keluarga atau kegunaan isi rumah. 2.kenderaan bermotor  -kenderaan orang cacat -motosikal -kereta termasuk teksi dan kereta sewa -kenderaan barang-barang berat dengan muatan maksimum tidak melebihi 2450 kg -bas termasuk bas berhenti-henti. Perjanjian sewa beli hendaklah bertulis sama ada dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris dan mengandungi maklumat penting yang berikut: a) perihal barangan b) tarikh kuatkuasa perjanjian c)pengiraan jumlah yang per...

Hak Peminjam Siri 1

Pemberi pinjam wang ialah mana-mana orang yang menjalankan perniagaan pinjaman wang yang didaftarkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.  Seseorang yang sekali-sekala memberi pinjam wang bukanlah seorang pemberi pinjam wang. Suatu bentuk pinjaman wang dikehendaki dibuktikan sebelum seseorang itu ditakrifkan sebagai pemberi pinjam wang. Institusi yang berikut tidak dikategorikan sebagai pemberi pinjam wang. 1) mana-mana institusi yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis dan termasuk pihak berkuasa tempatan; 2) koperasi; 3) institusi bank; 4) syarikat insurans; 5) syarikat takaful; 6) kedai pajak gadai; dan g) sesiapa yang menjalankan perniagaan yang objektif utamanya bukan perniagaan yang objektif utamanya bukan perniagaan pinjaman wang Institusi-institusi di atas dikawal oleh undang-undang khusus. * Ditulis oleh Peguambela & Peguamcara (zilaco15@gmail.com)

Apakah Pengantaraan?

Pengantaraan ialah proses di mana pihak-pihak yang bertikai menyelesaikan pertikaian mereka secara sukarela dan damai dengan bantuan pihak ketiga yang dikenali sebagai pengantara. Ciri-ciri mereka ini ialah: 1. Terlatih dan berpengalaman 2. Berkecuali ( neutral ) 3. Adil dam tidak berat sebelah 4.  Berkebolehan untuk mendengar, memahami dan berkongsi masalah/kesulitan pihak-pihak. Peranan pengantaraan ialah bertindak sebagai orang tengah untuk mengawal dan memudahkan proses rundingan serta tidak bertindak sebagai hakim yang memutuskan sesuatu perbalahan. Ianya mendorong komunikasi antara pihak-pihak serta menolong pihak-pihak untuk mengkaji secara terperinci pertikaian mereka. Pengantaraan ini memastikan kedua-dua pihak mendapat pelung yang sama rata dalam memberikan  dalam memberikan pandangan, pendapat dan luahan emosi semasa sidang pengantaraan. Anatra tanggungjawab pihak yang bertikai ialah menghadiri sidang pengantaraan dengan sukarela dan berfikiran terbuka. Mer...

Hak Kanak-Kanak Bahagian 1

Menurut subseksyen 2(1) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], " kanak-kanak" didefinisikan sebagai seseorang yang dibawah umur 18 tahun dan berhubung dengan prosiding jenayah, seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapikan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan. Apabila seorang Pegawai Polis atau seseorang lain yang melakukan tangkapan terhadap seorang kanak-kanak, menjadi kewajipan pihak polis memberitahu Pegawai Akhlak dan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu tentang tangkapan tersebut. Polis juga perlu beritahu Pegawai Akhlak atau ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu sebab penangkapan dan menghantar satu salinan pertuduhan dan maklumat lain yang perlu untuk membolehkan Pegawai Akhlak mengambil apa-apa tindakan yang perlu. Seorang kanak-kanak, semasa ditahan di balai polis, semasa dibawa ke atau dari mahkamah atau semasa menunggu sebelum atau selepas hadir di mana-mana mahkamah, hendaklah diasingkan daripada pesalah dewasa. Dalam hal ...

Kalimah Allah: Pakatan Rakyat tolak keputusan Mahkamah Rayuan

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menolak keputusan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur kelmarin dan menegaskan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat masih mendokong pendirian awalnya bersabit isu itu dan tidak timbul soal PAS mempunyai pandangan lain. Isnin lalu, Mahkamah Rayuan mendapati penggunaan perkataan Allah bukan aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian. Panel tiga hakim menegaskan tiada alasan mengapa gereja Katolik berkeras untuk menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya. Justeru, menurut mahkamah, penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam, jika dibenarkan, akan menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat. Keputusan itu disanggah oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada mesyuaratnya hari ini sebagai menafikan hak masyarakat bukan Islam. "Pendirian Pakatan Rakyat kekal sepertimana pernah dikeluarkan kenyataan tahun lalu. Kita mohon kebijaksanaan, ketenan...

Kalimah Allah: Bukan satu isu di Sabah & Sarawak

KOTA KINABALU : Reaksi masyarakat Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak susulan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Bahasa Melayu The Herald adalah sesuatu yang sudah dijangka. Secara umumnya, pendirian mereka tegas iaitu akan terus menggunakan kalimah Allah dalam semua upacara keagamaan seperti sebelum ini — seperti sebelum isu ini dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu. Sepanjang pengalaman singkat saya membuat liputan di Sabah baru-baru ini, saya sempat melihat dan mendengar bagaimana kalimah Allah digunakan semasa misa di sebuah gereja di Likas. Saya juga melihat bahawa penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian Bumiputera di negeri itu bukan satu isu yang besar di kalangan umat Islam di sana. Umumnya mereka tidak berapa kisah walaupun ada yang tidak selesa kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam. “Ia sudah menjadi seolah-olah budaya kami. Kalimah Allah sudah digunakan sejak...

Kalimah Allah: Siapa yang keliru sekarang?

 MAHKAMAH Rayuan pada Isnin lepas memutuskan penerbitan mingguan Herald: The Catholic Weekly edisi Bahasa Melayu tidak boleh menggunakan kalimah Allah dengan alasan, antara lain, kerana ia boleh menyebabkan umat Islam di negara ini keliru. Tiga hakim yang mendengar rayuan itu berpendapat bahawa Allah bukanlah sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian. Seorang daripada mereka menambah bukan saja orang Islam akan keliru tetapi orang Kristian pun boleh keliru sama. Ini kerana konsep ketuhanan Allah dalam Islam sama sekali berbeza dengan konsep ketuhanan tiga serangkai — tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus — yang dianuti dalam Kristian. Tetapi selepas membaca keputusan tiga hakim itu serta meneliti reaksi yang diberikan oleh pelbagai pihak dan meninjau pula rentetan episod polemik kalimah Allah ini sejak ia berbangkit pada 2007, ada beberapa hal yang boleh mendatangkan keliru. Bukan saja orang Islam dan Kristian di negara ini yang keliru; daripada ...

Isu kalimah Allah: Patuhi keputusan mahkamah

Image
Orang ramai dinasihat supaya tidak mengeluarkan kenyataan berhubung kes rayuan penggunaan perkataan Allah dalam majalah The Herald, yang boleh menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata orang ramai perlu menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lalu. Beliau juga berkata inti pati daripada keputusan mahkamah ialah Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan perkataan yang boleh memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Abdul Gani berkata selagi budi bicara itu dilaksanakan secara mengikut undang-undang, wajar, rasional dan mengikut kadarnya, maka mahkamah tidak akan campur tangan terhadap budi bicara menteri dalam perkara itu. Abdul Gani membuat kenyataan itu sebagai reaksi terhadap penghakiman yang membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia mengetepikan keputusan Mah...

Peguam kerjaya paling seksi

Drama bertema undang-undang seperti Suits, Fairly Legal dan The Good Wife (semua boleh ditonton pada siaran DIVA Universal ch702), tidaklah menipu apabila sering kali menonjolkan watak utama peguam sebagai lelaki/wanita yang sejuk mata memandang serta bijak pandai. Tidak percaya? Pergilah melawat mahkamah di Jalan Duta dan lihat sendiri. Sekiranya anda tidak cukup masa untuk melihat sendiri, mari baca sebab-sebab berikut. Pandai mengayat Kerjaya peguam perlukan bakat mengayat dan menyenangkan hati hakim dalam membuat keputusan. Bukan setakat hakim, perlu membodek pegawai mahkamah untuk percepatkan tarikh kes dan membodek klien yang terlalu banyak kerenah. Kadang-kadang bukan sengaja, tetapi peguam sampai menggunakan kepakaran ini untuk mengayat lelaki/wanita yang mereka temui. Semua graduan undang-undang cantik Pergilah ke mana-mana fakulti perundangan. Tidak ada satu pun pelajar jurusan undang-undang yang tidak cantik. Ratu cantik Malaysia juga ramai terdiri dari...

Career move

Image
ARTICLES OF LAW WITH BHAG SINGH The law provides for security of tenure but when it comes to fixed-term contracts, there may be limitations. SOMETIMES an opportunity comes along for a well-paying job that appears too good to give a miss. One may already be holding a job that pays a fair salary with an assurance of security of tenure until retirement. Yet the job now being offered may have remuneration and benefits that are almost irresistible. However, the new job is offered on a three-year term with an option for renewal. One reader who is faced with such a situation wants to know how he can protect himself from being arbitrarily terminated in his new employment and losing out on the security of tenure he now enjoys. He wants to know whether he would have recourse to the Industrial Courts in the event that he is arbitrarily terminated, and whether he can be assured of the same security of tenure. In earlier times, a contract of employment was regarded as an ordinary contract to be...